Thursday 4 December 2014

INDEKS CPI MENINGKAT. TAHNIAH

Ketegasan kerajaan bagi membanteras amalan rasuah telah membuahkan hasil apabila kedudukan Malaysia dalam indeks persepsi rasuah (CPI) bertambah baik dengan bergerak dua mata daripada skor 50 pada tahun lalu kepada 52 tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng (gambar) Kuan berkata, indeks yang dikeluarkan Transparency International (TI) itu turut meletakkan Malaysia di tempat ke-50 dalam kalangan 175 negara pada tahun ini berbanding tangga ke-53 pada 2013.

Katanya, purata skor CPI Malaysia dalam kalangan negara Asia Pasifik adalah 43.
"Memerangi rasuah dan membaiki ketirisan dalam pentadbiran kerajaan merupakan fokus utama kita kerana perkara itu mempengaruhi tarikan pelaburan langsung asing (FDI) dalam usaha meningkatkan ekonomi negara.

"Oleh itu, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak komited untuk melakukan transformasi rasuah di semua peringkat sekali gus dapat menangkis persepsi rasuah dalam kalangan rakyat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Paul memberitahu, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menggunakan indeks yang dikeluarkan oleh TI sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) bagi mengukur kejayaan dalam usaha memerangi rasuah dan menangani penyelewengan.

Katanya, ekoran pengumuman indeks itu, kerajaan akan meneruskan penguatkuasaan undang-undang bagi memastikan amalan rasuah dan penyelewengan tidak berlaku di setiap peringkat kementerian dan agensi kerajaan.

"Pada tahun hadapan, langkah membanteras rasuah akan terus diperkukuhkan dengan beberapa langkah susulan bagi memastikan Malaysia bersih daripada amalan rasuah.
"Walau bagaimanapun langkah memerangi rasuah tidak wajar diletakkan di bahu kerajaan semata-mata, semua pihak termasuk badan politik dan korporat perlu sama-sama menyokong usaha murni berkenaan," katanya.

Utusan

0 comments:

Post a Comment