Saturday 6 December 2014

BANJIR DI SEPANG DAN GESIR : YBK HULUR BANTUAN.


Musibah banjir yang melanda beberapa kawasan di Sepang telah menarik perhatian YBK untuk menghulurkan bantuan berupa kelengkapan kebersihan diri. Bertindak berdasarkan maklumat, YBK telah melawat tiga (3) pusat pemindahan iaitu di Dewan Perpaduan Genting Sanyen (25 keluarga), Dewan Orang Ramai Kg Bukit Changgang (17 keluarga), dan SK Bukit Tadom (14 keluarga).
Sumbangan disampaikan oleh Tuan Haji Hamzah Jalli selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK kepada wakil-wakil agensi di pusat-pusat pemindahan tersebut. Di pusat pemindahan SK Bukit Tadom, sumbangan telah diterima sendiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Encik Hasnan b Hassan yang turut sama melawat pusat tersebut.
Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa yang terlibat dan semoga bersabar dalam menghadapi musibah ini.

MANAKALA BANJIR DI GESIR PULA.

Sekitar perkampungan Gesir Hulu Selangor telah mengalami banjir kilat yang menyebabkan penduduk menghadapi kesukaran menjalni kehidupan harian mereka. Antaranya adalah mengisi keperluan air minuman mereka. Oleh kerana YBK mempunyai 2 program di sini iaitu Asrama Kasih YBK Gesir dan Akademi Kemahiran YBK Gesir, YBK telah mengambil langkah pantas menghantar bantuan awal berupa air minuman mineral untuk keperluan mangsa banjir yang terlibat

YBK telah menghantar air mineral kepada mangsa banjir di kawasan perkampungan Sg.Selisek, Gesir Tengah, Sg.Pagi, Sg.Nilam, Serigala dan Kg Lalang. Mangsa-mangsa banjir telah ditempatkan di Kem PLKN Geo Kosmo, Gesir Tengah. Banjir kali ini melibatkan 58 keluarga yang meliputi keseluruhan 191 orang mangsa. Ini merupakan banjir kali pertama paling teruk berlaku di kawasan ini.
Pegawai YBK dari Akademi Kemahiran YBK Gesir dan Asrama Kasih YBK Gesir telah mengambil inisiatif menghantar bantuan tersebut.

0 comments:

Post a Comment