Monday, 3 November 2014

TAKRIFAN AHLI SUNAH WAL JAMAAH. UMNO SEMAKIN MEMPERKEMASKAN HALATUJU PARTI.


Biro Agama UMNO bersedia untuk membawa usul meminda Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO 2014 bagi mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengerusinya yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata usul itu perlu dipinda kerana terdapat banyak kekeliruan membabitkan agama Islam di dalam masyarakat.

"Fasal itu perlu dipinda memandangkan banyak kekeliruan berlaku dalam masyarakat. Ada Syiah dan terbaru ajaran Milah Abraham. Mengaku Islam tetapi amalan yang dilakukan pelik," katanya.

Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Multaqa Kebangsaan Biro Agama UMNO yang dirasmikan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Multaqa yang julung kali diadakan itu bertujuan mengumpulkan idea serta pandangan mengenai isu keagamaan di peringkat akar umbi bagi menentukan hala tuju biro itu yang dihadiri lebih 300 peserta mewakili setiap biro agama seluruh negara.

Cadangan untuk membawa usul meminda itu diutarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penangguhannya di Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang mencadangkan agar Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO dipinda bagi mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Cadangan meminta usul itu diutarakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan penangguhannya di Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang mencadangkan agar Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO dipinda bagi mengiktiraf Islam sebagai Agama Persekutuan dan mentakrifkan Islam sebagai apa yang menjadi pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Fasal 3.3 sedia ada menyatakan UMNO akan 'menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama'.

Jamil Khir berkata, Biro Agama UMNO akan membawa usul itu untuk perhatian dan perbincangan Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Pengerusi Jawatankuasa Usul dan Jurucakap Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Katanya, perbincangan itu perlu untuk memutuskan sama ada pindaan itu akan dilakukan pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini ataupun tahun depan.

Ditanya mengenai usul agama yang akan dibentang pada Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang akan berlangsung dari 25 hingga 29 November di Pusat Dagangan Dunia Putra, Jamil Khir berkata pengisian usul akan berkisar mengenai soal akidah serta sumbangan agama dalam pembangunan masyarakat dan negara.

Katanya, antara perkara lain adalah peranan agama dalam memperkasakan institusi keluarga.

Pada majlis itu juga, sembilan anggota panel Pemikir Biro Agama UMNO yang terdiri daripada veteran UMNO telah dilantik antaranya Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, Datuk Noh Gadut, Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, Datuk Mustapha Taib dan Datuk Dr Munir Yaakob.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment