Tuesday 4 November 2014

MOTIVASI PELAJAR : YBK TURUN KE UTARA TANAH AIR.


SANGLANG & PENDANG, 01-02 November 2014 - Unit Motivasi YBK meneruskan siri ceramahnya ke negeri Perlis dan Kedah. Destinasi yang dikunjungi adalah SMK Sanglang Perlis pada 1 November 2014, dengan penglibatan 40 orang pelajar tingkatan 4. Pada hari berikutnya (2 November 2014), sesi dilaksanakan di SMK Tanah Merah, Pendang Kedah dengan penyertaan 50 orang pelajar tingkatan 3. Kedua-dua sesi bermula di sebelah pagi dan berlangsung selama 3 jam.
Sebagaimana siri ceramah sebelumnya, para pelajar diperkenalkan dengan konsep kecemerlangan, pembinaan sikap yang unggul, di samping konsep komunikasi dan model meta (minda). Kesemua ini adalah perlu dalam membentuk jati diri yang positif sebagai seorang pelajar yang berminda 'taraf dunia' (world class). Metodologi yang digunakan adalah penyampaian syarahan dan juga aktiviti dalam kumpulan.
Siri ceramah motivasi ini merupakan inisiatif YBK untuk membantu membantu pelajar miskin yang memerlukan bimbingan motivasi untuk terus yakin mencatat kecemerlangan dalam pelajaran dan akan diteruskan kepada sekolah-sekolah yang berminat.

0 comments:

Post a Comment