Bukit Sentosa 21/10/2014 - YBK telah memberi sumbangan perbelanjaan wang saku sekolah untuk 10 hari kepada 161 orang pelajar dari 82 keluarga. Bantuan ini bertujuan meringankan masalah yang sedang ditanggung oleh ketua isi rumah yang terlibat dengan perpindahan sementara akibat bencana alam di perumahan Apartment Teratai Blok L & K yang ditempatkan di SK Taman Bunga Raya dan SMK Taman Bunga Raya.
Seramai lebih 250 keluarga telah diarahkan berpindah sementara ke 3 buah sekolah berhampiran iaitu SMK Taman Bunga Raya, SK Taman Bunga Raya 1 dan SK Taman Bunga Raya 2 yang melibatkan penduduk hampir 1,000 penduduk. Pihak berkuasa dan JKR sedang menjalankan pemantauan kejadian keruntuhan dan hakisan tanah bukit berhampiran akibat hujan yang berterusan sejak kebelakangan ini.
YBK juga menyumbang sehelai tuala mandi kepada semua mangsa yang terlibat yang ditempatkan di SK Taman Bunga Raya 1 Bukit Beruntung.
Sumbangan telah disampaikan YB Nazeri Mat Dahlan ADUN Batang Kali bersama Tuan Hj Bing Selamat Amir Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK
Insyaallah YBK akan meneruskan agihan sumbangan perbelanjaan sekolah kepada 142 keluarga yang ditempatkan di SK Taman Bungan Raya 2.
0 comments:
Post a Comment