Thursday 23 October 2014

APA ITU eREZEKI ?

PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan inisiatif baharu di bawah Digital Malaysia yang dikenali sebagai eRezeki bagi memperluaskan manfaat dan meningkatkan pendapatan penduduk yang berada dalam golongan 40 peratus di bahagian bawah piramid pendapatan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri, ketika mengumumkan inisiatif itu, berkata 400,000 orang akan dilatih supaya mereka dapat memperoleh pendapatan tambahan RM6,000 setahun menjelang 2020.

Katanya, eRezeki akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk memberi impak positif kepada isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksanaan Koridor Raya Multimedia Malaysia (MSC) kali ke-26 Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di sini sebentar tadi.

0 comments:

Post a Comment