Bukit Sentosa, 23/10/2014 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini meneruskan usaha memberi sumbangan untuk meringankan beban keluarga dari Apartment Teratai Bukit Sentosa yang dipindahkan secara sementara di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2. Seramai 109 isi rumah yang ditempatkan di sini telah diberi sumbangan perbelanjaan anak bersekolah untuk 10 hari di mana seramai 190 orang pelajar terlibat.
Disamping itu setiap keluarga juga diberi tuala mandi untuk kegunaan harian di sini bagi menambah sumbangan dari agensi kerajaan dan pihak lain. Sumbangan telah diusampaikan sendiri oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom Pengerusi YBK yang juga bekas wakil rakyat kawasan ini selama 2 penggal (1999-2008) dan dibantu Sukarelawan YBK.
Pemberian sumbangan YBK kali ini adalah lanjutan usaha YBK semalam apabila seramai 82 keluarga dan 161 orang pelajar sekolah menerima sumbangan kewangan dan tuala dari YBK yang disampaikan oleh ADUN kawasan iaitu YB Mat Nazeri Dahlan di penempatan Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1.
0 comments:
Post a Comment