Thursday 7 August 2014

RANGKUMAN RAMADHAN, INSYAALLAH PROGRAM KEMASYARAKATAN AKAN DITERUSKAN.


Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan al mubarak yang mulia pada tahun ini, pihak YBK telah berjaya mengadakan beberapa program kemasyarakatan di beberapa lokasi termasuk di luar negara.

Antara keutamaan kami ialah program yang mengkhususkan kepada bantuan sumbangan dan bantuan kepada masjid-masjid, NGO dan rumah-rumah amal .

Sumbangan pihak YBK terhadap penderitaan umat di palestin juga telah dilakukan demi untuk membantu saudara seagama kita yang tertindas dibuli oleh pihak zalim zionis.

Kami amat berbesar hati apabila YAB Perdana Menteri sanggup meluangkan masa berharganya semasa kami hadir menyampaikan sumbangan zakat untuk masyarakat di parlimen pekan, pahang.

Dikala kita bergembira bersama keluarga dan rakan taulan sempena bulan syawal yang mulia ini, diharapnya kita terus menerus konsisten dalam membela saudara seagama kita yang tertindas di bumi palestin, myanmar dan lain-lain.

Melihatkan kepada perkembangan seantero dunia, jelas menunjukkan bahawa peri pentingnya untuk kita bangsa melayu dan umat islam di malaysia agar terus bersatu .

Tragedi hiba yang menimpa keluarga krew dan penumpang MH370 dan MH17 turut dirasai oleh kita semua.

Kepada yang terlibat, bersabarlah di atas dugaan dan ujian. 

Kepada pimpinan negara yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri, teruskan tekad dan kuatkan semangat demi rakyat tercinta.



0 comments:

Post a Comment