Monday 4 August 2014

GAZA DESAKAN LEBIH KUAT DIPERLUKAN.


Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa supaya memainkan peranan yang lebih berani bagi melindungi dan mempertahankan hak rakyat Palestin dan menamatkan pertumpahan darah di Gaza.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, Malaysia mahu negara-negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersau (UNSC) untuk bersatu dan bertindak tegas bagi menamatkan segera pencerobohan terang-terangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

"Masyarakat antarabangsa juga termasuk negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM).

"Malaysia juga menggesa Amerika Syarikat dan rakan sekutunya supaya segera menuntut Israel menghentikan kekejamannya ke atas rakyat Palestin di Gaza," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment