YBK yang diketua oleh Dato Pengerusi mengadakan lawatan ke Radio Selangor pagi ini. Lawatan YBK ini ibarat pertemuan dua sahabat lama yang banyak menimbulkan kembali nostalgia bersama. Ini disebabkan Radio Selangor sebelum ini pernah beroperasi di Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (SSASS). Malah ketika itu kerjasama baik pengurusan Radio Selangor dengan pihak Pejabat Menteri Besar sangat akrab. Tetapi sejak Radio Selangor berpindah keluar dari premis Bangunan SSASS perhubungan tersebut mula renggang.
Hari ini YBK mengadakan perjumpaan bagi tujuan membincangkan kerjasama antara YBK dengan Radio Selangor. Ini termasuklah mengadakan kerjasama program-program penyiaran dalam isu kemiskinan dan motivasi diri kepada pendengar Radio Selangor khususnya.
Dalam taklimat Dato Zainal menyampaikan maklumat-maklumat sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun YBK iaitu Makan Malam Jubli Perak YBK, Seminar Serantau Kesejahteraan Rakyat, Kerusi YBK-UPM, Pertandingan Menulis Cerpen, Pelancaran KUNTUM , Big Walk Jubli Perak YBK dan Perhimpunan ALUMNI PLYBK, Akademi YBK dan Asrama Kasih YBK. Radio Selangor juga bersetuju dengan cadangan YBK untuk slot Motivasi Bersama YBK. Program Motivasi ini bertujuan memberi motivasi kepada masyarakat khususnya pendengar Radio Selangor disamping berkongsi ilmu, pendapat dan pengalaman bagi manfaat bersama.
Lawatan YBK ini diwakili oleh Dato’ Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, Datin Hartini Osman Pengerusi Sambutan Jubli Perak YBK dan Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif manakala Radio Selangor diwakili oleh Dr Shafiq Al Fonse, Pengarah Penyiaran Radio Selangor, Noora Mohamed, Ketua Bahagian Rancangan, Puan Hamidah, Bahagian Berita dan Pengiklanan dan pegawai-pegawai Radio Selangor.
0 comments:
Post a Comment