Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa untuk melawat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) hari ini.
Beliau yang tiba kira-kira pukul 2.15 petang itu diiringi oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha dan anak bekas Menteri Besar itu yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh.
Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi melihat sendiri perkembangan kesihatan bekas Menteri Besar itu yang dirawat di hospital berkenaan sejak 20 Januari lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/najib-ziarah-nik-aziz-1.54223#sthash.rssLSjdN.dpuf
0 comments:
Post a Comment