Monday 29 December 2014

PM TIBA DI PASIR SALAK TINJAU KEADAAN BANJIR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini bagi meninjau dengan lebih dekat keadaan banjir teruk yang melanda kawasan Perak Tengah terutama mukim Kampung Gajah di sini.

Najib yang tiba kira-kira pukul 1.20 petang kemudiannya melawat 1,023 mangsa daripada 267 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut hampir setengah jam.

Terdahulu, beliau tiba kira-kira pukul 12 tengah hari di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh sebelum dibawa menaiki kenderaan melalui jalan darat ke kawasan Daerah Perak Tengah yang dilanda banjir.
Selain MRSM Pasir Salak, Perdana Menteri turut meninjau sebuah lagi pusat pemindahan yang dibuka di kawasan Kampung Gajah iaitu Pusat Latihan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Galah yang menempatkan 654 mangsa daripada 168 keluarga.

Beliau kemudian meninjau dan melihat dengan lebih dekat keadaan banjir di kawasan sekitar terutama kawasan pekan Kampung Gajah yang kini ditenggelami air hampir satu meter.

Perdana Menteri kemudiannya melawat dan bermesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Muzaffar Shah, Lambor Kanan di Parit dekat sini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; ahli-ahli Exco kerajaan
negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin setempat. - UTUSAN ONLINE

0 comments:

Post a Comment