Sunday 28 December 2014

BANJIR : YBK TURUN KE KUALA KANGSAR BANTU MANGSA.



Kuala Kangsar - Selepas Kelantan dan Terengganu dilanda banjir, Perak juga terbabit dalam bencana alam ini. YBK turut terpanggil untuk merasai kesedihan yang melanda daerah Kuala Kangsar ini. Melalui maklumat yang diberikan oleh pihak JKM daerah, YBK telah melawat ke salah satu penempatan banjir iaitu di Sek. Keb. Sayong. Pada sebelah paginya penempatan ini telah dilawati oleh Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dan isteri.
Penempatan banjir ini menempatkan 538 orang antara penempatan terbesar mangsa banjir di Kuala Kangsar. YBK melalui CEO, En Zulhairy Jalaludin telah menyampaikan sumbangan berbentuk makanan kepada ketua penempatan banjir En Malik untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terbabit. 
Bagi kami di YBK, semoga mangsa yang terlibat dalam bencana banjir ini tabah menghadapi dugaan.  

0 comments:

Post a Comment