Friday, 26 December 2014

BANJIR, TPM ARAH STOK BEKALAN MAKANAN DITAMBAH.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu stok makanan dan barangan keperluan asas di seluruh pusat pemindahan mangsa banjir ditambah bagi memastikan bekalannya mencukupi.

Menurutnya, bekalan itu harus mencukupi untuk kegunaan mangsa selama lima hingga tujuh hari.

"Stok makanan dan barang keperluan asas yang diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini hanya mencukupi untuk tempoh tiga hari dan akan ditambah jika kehabisan stok.

"Selain itu, kita memutuskan untuk menambah bekalan air dan memberi bekas penyimpanan berikutan banyak kawasan yang terjejas akibat bekalan elektrik terputus," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan di Kompleks Sukpa di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihaknya akan melihat keadaan semasa di sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir dan menjadi pusat pemindahan banjir sama ada untuk menangguhkan sesi persekolahan tahun depan atau sebaliknya.

0 comments:

Post a Comment