Friday, 28 November 2014

PROGRAM PENCARIAN KEMASUKAN ANAK YATIM KE ASRAMA KASIH DITERUSKAN.



Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini meneruskan usaha mengenalpasti pelajar yatim atau piatu atau dari kalangan keluarga miskin yang layak dipertimbangkan dimasukkan ke Asrama Kasih YBK Serendah atau Asrama Kasih YBK Gesir untuk sesi kemasukan 2015 tahun depan.
Temuduga terbuka ini telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Bakong, Sepang. Aktiviti temuduga terbuka asrama kasih YBK di sini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Skuad Puteri Prihatin Sepang, diketuai oleh Puan Norlida Parjoh. 
Pelajar yang hadir temuduga telah melalui sesi  soalsiasat minat dan menjalani ujian kecerdesan IQ oleh pegawai YBK dan Pengetua Asrama Kasih. Mereka adalah dari pelajar sekolah rendah dari perkampungan yang berhampiran.

0 comments:

Post a Comment