Kg Tombh, Cambodia, 8/10/2014 - Yayasan Basmi Kemiskinan untuk kali ke 3 berturut-turut telah menjalankan ibadat Korban di sekitar perkampung Islam di Wilayah Kampong Tombh Cambodia.
Sebanyak 8 ekor lembu untuk tujuan ibadat korban 1435H telah disembelih dan diagih-agih kepoada masyarakat Islam di sekitara Kg Tombh Cambodia.
Tahun ini rombongan YBK diketua oleh Tuan Hj Hamzah Jali, Ahli Lembaga Pemegang Amanah telah menyempurnakan amanah ibadat korban.
Disamping itu YBK juga telah menaja pembiayaan pemasangan 2 pam air untuk kegunaan surau dan sebuah keluarga termiskin di sini disamping pembiayaan baik pulih sebuah surau.
Penyampaian bantuan disempurnakan oleh Tuan Hj Hamzah Jali. Insyaallah pam air dan kerja baik pulih akan disiapkan dalam tempuh 1 bulan .
0 comments:
Post a Comment