Monday, 26 May 2014

YBK 1990 Sehingga Kini


Sejak 1990 sehingga kini, YBK sering dikunjungi delegasi daripada sektor awam atau NGO seluruh dunia. Mengapa mereka melawat YBK? Lawatan mereka adalah untuk melihat sendiri bagaimana YBK merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan. Dunia mengiktiraf peranan dan sumbangan YBK membantu kerajaan. Mengimbas kembali tetamu yang melawat YBK selepas 23 tahun, baru kita sedar YBK sentiasa relevan dan memberi aspirasi kepada mereka.

Delegasi NGO, penjawat awam, sehingga Ketua/wakil negara, mereka diberi penerangan bagaimana YBK membantu kerajaan dalam inisiatif membasmi kemiskinan. Pada masa yang sama, YBK sentiasa mendapat sokongan dan kerjasama daripada semua pihak dalam usaha merealisasikan visi dan misinya.

26 Okt 1993: Delegasi USA melawat Asrama Kasih YBK Serendah.  Mereka merupakan delegasi NGO yang aktif menjalankan kerja kesukarelawanan di negara mereka. Mereka melawat Asrama Kasih YBK Serendah untuk melihat sendiri bagaimana  YBK memberi perlindungan dan harapan kepada pelajar miskin dan yatim.

04 Jan 1997: Pegawai Kanan Kerajaan Nepal melawat YBK. Pihak Wisma Putra telah memilih YBK sebagai kes kajian modul pembasmian kemiskinan negara oleh NGO.

04 Okt 1997: Menteri ASEAN melawat YBK bersempena dengan mesyuarat Menteri ASEAN. Mereka sangat berminat dengan metodologi pembasmian kemiskinan YBK untuk dijadikan modul pembasmian di negara masing-masing.

23 Ogos 1998: Menteri Kehakiman Indonesia rombongan  melawat YBK sebagai sebahagian aturcara melawat projek pembasmian kemiskinan di Malaysia. Pihak Wisma Putra melalui Kementerian Luar Bandar memilih YBK sebagai kes kajian.

22 Mei 1998: Menteri Luar & Sumber India Melawat YBK. Walaupun datang ke Malaysia atas urusan dengan Wisma Putra, rombongan mengambil kesempatan melihat sendiri bagaimana YBK melaksanakan program pembasmian kemiskinan.


06 Jan 1998: Rombongan pegawai-pegawai kanan negara Komanwel melawat YBK sempena menghadiri seminar di Malaysia. Pihak Wisma Putra membawa rombongan melawat dan belajar model pembasmian kemiskinan oleh YBK.

24 Feb 1998: SAARC (The South Asian Association for Regional Cooperation),  NGO antarabangsa dianggota Bangladesh, Bhutan, India, Maldives, Nepal, Pakistan dan Sri Lanka yang menjalankan usaha promosi meningkatkan aktiviti ekonomi dan sosial dan dikalangan negara anggota) membuat lawatan sambil belajar ke Malaysia dan memilih YBK sebagai kajian kes mereka bagaimana YBK melaksanakan program pembasmian kemiskinan

25 Feb 1998: Menteri Perancangan & Pembangunan Ekonomi Uganda melawat  YBK untuk kajian kes projek pembasmian kemiskinan oleh YBK. 

17 Apr 1998: Isteri Presiden Uganda Melawat YBK untuk melihat sendiri bagaimana YBK mengurus-tadbir Asrama Kasih YBK yang menempatkan pelajar miskin

29 Mei 2000: Peserta Forum Ke 3 Asia Afrika Melawat Projek Sosio-ekonomi YBK. Unit Perancang Ekonomi memilih YBK sebagi kajian kes peserta bagaimana penglibatan NGO seperti YBK berjaya membantu kerajaan membasmi kemiskinan.

20 Mei 2000: CIRDAP (Centre On Integrated Rural Development For Asia & Pacific) melawat YBK. Tujuan lawatan adalah mengkaji fungsi dan peranan mikro-kredit dikalangan keluarga termiskin di Malaysia. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Amanah Ikhtiar Malaysia memilih YBK sebagai kajian kes mereka.

02 Okt 2002: MORO (Moro Islamic Liberation Front, MILF) melawat projek sosio-ekonomi YBK. Pihak Kementerian Luar Bandar telah memilih YBK sebagai model pembasmian kemiskinan dengan permuafakatan NGO (YBK) dan kerajaan yang berjaya di Malaysia.

03 Okt 2002: 25 orang peserta kursus dibawah Program Kerjasama Teknik Malaysia (PKTM) Localising the Anti-Poverty Agenda: the Malaysian Experience anjuran Institut Kemajuan Desa (INFRA) Kementerian Pembangunan Luar Bandar melawat projek desa Kasih YBK. Peserta dari negara-negara seperti Ghana, Oman, Sudan, Jordan, Mauritius, Filipina, India, Mesir, Pakistan, Zambia, Bangladesh, Suriname, Tajikistan, Myanmar, Kazakhstan, Kiribati, Kemboja, Maldives, Chile, Mongolia, Iraq, Papua New Guinea dan Timur Timor perkongsian pengalaman dan percambahan fikiran dalam isu-isu berkaitan strategi pembasmian Kemiskinan yang diamalkan di negara ini.

03 Jun 2004: Lawatan pegawai Kanan Bangladesh. Mereka melawat YBK setelah dicadangkan oleh pihak INTAN (Institut Tadbir Awam Negara)  yang mengendalikan lawatan, kerana YBK adalah NGO yang berjaya membantu kerajaan membasmi kemiskinan di negara ini.

21 Julai 2004: Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah membawa rombongan Pegawai Kanan Bangladesh melawat YBK untuk mempelajari bagaimana YBK sebuah NGO membantu kerajaan membasmi kemiskinan.

28 Feb 2007: Jabatan Pembangunan Masyarakat Brunei yang terdiri dari kalangan beberapa orang pegawai kanan datang khusus melawat program YBK. Rombongan menunjukkan minat mempelajari bagaimana YBK berupaya merancang dan melaksanakan program pembasmian kemiskinan di Pusat Latihan YBK dan Asrama Kasih YBK.

11 Julai 2012: Seramai 40 orang pegawai Kanan Nigeria melawat YBK dan mempelajari bagaimana YBK sebagai NGO berjaya merancang dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan. Pada 25 Julai 2012 seramai 16 orang lagi pegawai Kerajaan Nigeria datangmelawat projek YBK. Mereka telah dibawa melawat Pusat latihan YBK Kuala Selangor dan Desa Kasih.

12 Julai 2012: Yayasan Sultan Hj Hassanal Bolkiah Brunei melawat sambil belajar ke YBK.  Rombongan dibawa melawat program sosio-ekonomi dan pembangunan modal insan YBK iaitu Asrama Kasih YBK dan Pusat Latihan Kuala Selangor.

0 comments:

Post a Comment