YBK didaftarkan secara rasmi pada 26 Mac 1990 dan di bawah Akta Amanah, Ordinan 1952. Dilancarkan secara rasminya pada bulan April, 1990 oleh Tan Sri Dato' Hj. Muhammad bin Hj. Muhd. Taib. Golongan sasar adalah berdasarkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) dari masa ke semasa. Selain itu YBK turut mengambil beberapa kreteria tambahan untuk mengenalpasti kumpulan sasar iaitu tinggal di rumah usang dan tiada kemudahan asas yang sempurna, taraf kesihatan yang rendah, miskin akibat bencana alam dan kekurangan ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi.
RESOLUSI 11757 Port Dickson 30 April 2011
VISI - Menjadikan YBK Yayasan Terulung, Mantap dan Berkesan Di Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan.
MISI - Membantu membasmi kemiskinan di Malaysia melalui program pembangunan modal insan.
MATLAMAT
Meningkatkan kesejahteraan hidup kumpulan sasar melalui program-program pembasmian kemiskinan yang bersepadu.
Membangun sumber, kapasiti, teknologi, jaringan untuk melaksanakan program.
Membangun kepakaran YBK sebagai pusat rujukan NGO dalam membasmi kemiskinan.
Memperkasakan rangkaian rakan kongsi, agensi kerajaan, dan media untuk mempertingkatkan keberkesanan YBK menyelesaikan masalah kemiskinan.
Bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam melaksana program-program pembasmian kemiskinan global.
Menerapkan nilai-nilai perpaduan selaras dengan aspirasi pembinaan negara bangsa 1 Malaysia melalui program-program YBK.
Merancang, melaksanakan dan memantapkan program sukarelawan YBK
GOLONGAN SASAR
Anak/yatim/piatu
Belia yang tercicir
Warga Emas Miskin & OKU
Ibu tunggal miskin
Kriteria yang diputuskan dari masa ke masa
STRATEGI TERAS
Pembangunan Modal Insan
Sukarelawan YBK
Merancakkan semula program-program sosio-ekonomi
Membina Desa Kasih yang baru
Pengembangan YBK
Memantapkan Organisasi YBK
Keupayaan Kewangan
0 comments:
Post a Comment