Monday 9 March 2015

PROGRAM CSR SCOMI DI ASKA SERENDAH.


Asrama Kasih YBK Serendah telah menerima kunjungan daripada pihak SCOMI Engineering. Kunjungan yang melibatkan 30 orang kakitangan ini bertujuan bagi melaksanakan program CSR di ASKA Serendah di samping mendekatkan diri dengan pelajar. Program turut dihadiri oleh Pn. Rohaidah bt. Ali Badaruddin selaku Presiden SCOMI Engineering.
Aktiviti dimulakan dengan gerakan senamrobik sebelum diteruskan dengan aktiviti mengecat. Sesi meliputi mengecat tembok dan pagar asrama, gotong-royong membersihkan asrama, dan 'landscaping'. Pelajar ASKA turut dijamu dengan sarapan pagi dan makan tengahari yang ditaja oleh SCOMI Engineering. Penyampaian saguhati dan sesi bergambar diadakan selepas program disempurnakan pada jam 12:30 tengahari.
Asrama Kasih terus menjadi pilihan untuk organisasi melaksanakan program kemasyarakatan di mana ini memberikan impak positif kepada para pelajar daripada aspek pendedahan dan pengalaman. Semoga para pelajar mendapat manfaat daripada program ini dan ASKA melahirkan penghargaan kepada SCOMI Engineering kerana melaksanakan program dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment