Mohd Khairi Yunus, seorang kakitangan YBK berpangkat eksekutif kanan sosial. Mula berkhidmat tahun 1993 hingga 2006. Setelah meletakkan jawatan pada 2006 beliau pernah cuba melibatkan diri dalam syraikat pembinaan untuk tempuh yang singkat. Tetapi tidak berjaya dan akhirnya balik ke kampung Sg Air Tawar Sabak Bernam berihat sambil kerja kampung.
Sekarang menghabiskan masa mengurus kebun kelapa dan melayan cucu. Disamping itu, Mohd Khairi juga sibuk dalam aktiviti kemasyarakatan seperti setiausaha jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung dan setiausaha masjid. Malah beliau secara serius sedang merancang menubuhkan koperasi di kampungnya. Selebihnya kalau ada rezeki beliau juga berjalan-jalan melancung dalam dan luar negara bersama isteri. Namun demikian beliau sering menghulur tangan membantu YBK dalam sebarang program di Sabak Bernam yang memerlukan khidmat baktinya seperti siasatan permohonan asrama kasih, mengagihkan bantuan Sinar Kasih Ramadhan dan menyelaras sebarang bentuk kerjasama dengan peserta desa kasih.
Semasa berkhidmat dengan YBK selama 13 tahun, Mohd Khairi pada awalnya bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan sehinggalah beliau menguruskan program sosio-ekonomi. Lindungan Kasih dan program bina rumah sekitar Sabak Bernam adalah tanggungjawab dan sentuhan beliau. Masa itu YBK sangat aktif mengenalpasti rumah daif isi rumah miskin melalui pegawai-pegawai sosial yang ditempatkan mengikut daerah. Beliau masih ingat bagaimana YBK sentiasa menjalinkan permuafakatan dan mendapat kerjasama dengan pejabat daerah seluruh negeri dalam membina semula dan membaik pulih rumah miskin.
Desa Kasih adalah merupakan 'trade mark' YBK. Ia merupakan program penempatan semula isi rumah termiskin di mana-mana tanah kerajaan negeri. Pembangunan 10 desa kasih YBK seluruh negeri adalah progam beliau secara lansung. Beliau adalah eksekutif yang bertanggungjawab membangunkan semua desa kasih tersebut dari aspek lokasi, pemilihan peserta dan pengisian program soiso-ekonomi yang sewajarnya untuk peserta desa kasih seperti pemulihan sikap, ekonomi dan pembangunan modal insan.
Perhimpunan Raksasa PPRT Negeri Selangor di Simpang Lima Sabak Bernam pada 13/3/1995 adalah satu program yang tidak dapat dilupakannya. Ketika itu tetamu jemputan yang hadir adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim bersama YAB Menteri Besar Selangor merangkap Pengasas YBK Tan Sri Muhammad Muhd Taib. ‘YBK sebagai NGO bebas berjaya menghimpunkan seluruh 3,367 isi rumah termiskn seluruh negeri’ Masa itu YBK memang hebat dan sangat berpengaruh. Semua pejabat daerah dan agensi kerajaan negeri seperti MAIS dan JKR memberikan kerjasama. Dan perhimpunan itu sangat bersejarah. Dua helikopter membawa tetamu jemputan mendarat di sana.
Satu lagi perkara yang tidak dapat dilupakannya adalah permuafakatan baik YBK dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar ketika itu. Beliau masih ingat selaku eksekutif kanan pihak KPLB sentiasa menyokong dan membiayai pelbagai program sosio-ekonomi seperti baikpulih rumah, pemulihan sikap peserta desa kasih termasuk desa kasih cemerlang, pembanguan ekonomi desa kasih. Kebanyakan peruntukkan direalisasikan setelah berbincang dengan telefon setelah permohonan resmi dikemukakan. Semua warga KPLB ketika itu sangat responsif dengan YBK termasuk YB Menteri, KSU dan SUB terlalu baik dengan YBK. Ketika itu YBK kepada KPLB adalah ‘sukses story’ NGO yang membantu kerajaan membasmi kemiskinan. Malah KPLB sentiasa memilih outlet YBK seperti desa kasih dan asrama kasih sebagai destinasi lawatan pelawat luar negara yang mahu belajar bagaimana Kerajaan Malaysia membasmi kemiskinan.
Sebelum menutup perbualan, beliau berharap visi dan misi YBK sebagai NGO membantu membasmi kemiskinan di dalam negeri diteruskan. Suka duka YBK merealisasikan misi sehingga berjaya sekarang, beliau turut berasa bangga. Selepas Kerajaan Negeri bertukar kepimpinan dan parti, YBK telah berjaya melaluinya dengan bijaksana dan penuh dramatik. Pengalaman beliau apabila sebidang tanah projek pertanian desa kasih merbau berdarah seluas 10 ekar di mukim rantau panjang yang telah diberi kelulusan sementara oleh pejabat daerah Sabak Bernam. Malah pembangunan jalan ke lokasi telah dibiayai pun KPLB dengan kos RM100,000. Tetapi ditarik balik oleh pejabat daerah, setelah bertukar kepimpinan kerajaan negeri adalah terlalu kecil jika dibandingkan apa yang dilalui sekarang bila Kerajaan Negeri Selangor bertukar tangan dan cuba mengambil alih YBK. Tetapi beliau bersykur, YBK tetap utuh dan terus bangkit. ‘Saya tumpang bangga apa yang dicapai YBK sekarang’ menutup katanya
0 comments:
Post a Comment