sempena cuti Thaipusam, admin mengambil kesempatan mengadakan pertemuan dengan Dato Dr Mat Yassir Ikhsan salah seorang lagi bekas Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK 2002-2013. Semasa menjadi Lembaga Pemegang Amanah YBK, Dato Dr Mat Yassir Mat Ikhsan adalah seorang ADUN Sg Air Tawar Sabak Bernam (1999-2004) dan Ahli Parlimen Sabak Bernam (2004-2008). Walaupun kini tidak lagi menjadi ALPA dalam YBK, Dato Dr Mat Yassir Ikhsan masih memberi sumbangan dalam syarikat yang mempunyai kepentingan YBK sebagai Lembaga Pengarah.
Dato Dr Mat Yassir adalah bekas seorang guru (1966-1984), sebelum dia menyertai Yayasan Selangor (1985-1994) dan kembali ke Jabatan Pelajaran Selangor (1995). Penglibatannya dalam NGO juga agak aktif. Sejak 1977, Dato Dr Mat Yassir Ikhsan aktif dalam NGO antaranya Persatuan Bola Sepak Daerah Sabak Bernam (1977), Persatuan Belia 4B Daerah Sabak Bernam (1977-1982), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS (1980-1982), Kesatuan Pelajar Selangor (sejak 1995), Persatuan Sejarah Selangor (sejak 2009) dan Gabungan NGO Selangor (sejak 2012)
Sebenarnya penglibatan Dato Dr Mat Yassir dalam YBK dicadang sendiri oleh YAB Menteri Besar Selangor ketika itu sebagai mewakili beliau. Sepanjang penglibatan beliau dalam YBK, Dato Dr Mat Yassir Ikhsan banyak terlibat dalam program sosio-ekonomi desa kasih dan mewakili Dato Pengerusi dalam majlis YBK. Namun beliau agak kesal sedikit kerana tidak dapat memberi sumbangan secara serius dalam bidang atau kepakarannya iaitu pembangunan modal insan.
Menurutnya ‘YBK sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyumbang membantu membasmi kemiskinan, lebih dari apa yang telah dilakukan setakat ini’. . . ‘we can actually do more’. YBK bukan sahaja sebuah institusi atau establishment di bawah Akta Amanah. YBK adalah satu gagasan oleh pemimpin besar Melayu Islam yang mahu membina satu legasi. Nama YBK terlalu besar di Selangor malah mungkin di Malaysia. Katanya lagi, YBK mempunyai reputasi di mana tidak setara lansung dengan NGO lain yang cuba menjenamakan sebagai NGO pembasmian kemiskinan.
Banyak program yang dirancang dan dilaksanakan oleh YBK sepanjang beliau sebagai ALPA seperti program pembiayaan persekolah anak yatim di Asrama Kasih YBK, tajaan latihan kemahiran pelatih dari isi rumah miskin, program kesedaran kesihatan, program tuisyen percuma (KUNTUM) dan bantuan sepanjang bulan puasa iaitu Sinar Kasih Ramadhan.
Menurut Dato Dr Mat Yassir, apabila YAB Perdana Menteri Malaysia memberi kepercayaan kepada YBK membina kampus UiTM di Melaka. Ia adalah satu pengiktirafan kepada YBK. Malah ia boleh menjadi satu ‘quantum leap’ atau lonjakan yang membolehkan YBK pergi lebih jauh lagi.
Beliau sangat berharap YBK meneruskan rancangan membasmi kemiskinan dengan memberi tumpuan dengan sesi sumbang-saran dengan pelbagai pihak dan individu yang berpotensi membantu. Pandangan dan saranan awam dapat menambah-baik peranan dan sumbangan YBK kepada negara.
Menurutnya terlalu banyak yang telah dilakukan oleh YBK tetapi tidak ramai yang mengetahui kecuali yang pernah mendapat sentuhan YBK. Jadi, YBK perlu melipatganda usaha perhubungan awam dalam usaha mempromosi apa yang dilakukan YBK. YBK perlu menggunakan segala media conventional seperti buletin atau jurnal atau liputan akhbar secara konsisten disamping menggunakan media semasa seperti media sosial yang menjadi capaian golongan muda atau generasi-Y.
Niat baik YBK mesti diteruskan. Bagaimana YBK membina jaringan dengan pihak lain dengan bijaksana yang merentasi kepentingan politik juga perlu diberi perhatian sewajarnya. YBK tidak seharusnya bersaing dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri maupun kerajaan pusat. Namun demikiamn, YBK dalam apa keadaan pun perlu dilihat menyokong usaha kerajaan.
0 comments:
Post a Comment