Golongan gelandangan di Kuala Lumpur terus disantuni dengan berlangsungnya Program Agihan Makan Tengahari di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur.
Program ini merupakan aktiviti bulanan yang telah berlangsung sejak Ogos 2014 secara kolaborasi antara YBK dan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur. Sebanyak 100 pek makanan dan minuman disediakan untuk edaran.
Agihan dimulakan pada jam 12 tengahari apabila para gelandangan berkumpul di hadapan pagar utama masjid.
Seperkara yang menarik adalah para gelandangan ini beratur dengan tersusun untuk menerima pek makanan. Selepas doa dibaca, pek makanan diedarkan dengan teratur dan berhemat oleh pegawai YBK dan sukarelawan masjid. Agihan selesai dalam tempoh setengah jam.
Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif YBK untuk mendekati golongan gelandangan ini dan diadakan setiap hari Sabtu minggu pertama setiap bulan. Semoga amal jariah ini memberikan keberkatan kepada semua yang terlibat.
1 comments:
Teruskan usaha murni tersebut tanpa mengira bangsa dan agama..tq
Post a Comment