Seramai 150 penduduk di sekitar Hulu Bernam yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini menerima bantuan kelengkapan asas termasuk tilam, bantal dan dapur. Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan tersebut sekali gus membuktikan kebajikan rakyat negeri ini yang berada di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak pernah dipinggirkan oleh kerajaan Pusat yang diterajui UMNO.
Pihak YBK tidak ketinggalan sama dalam menghulurkan bantuan berupa barangan dan lain lain keperluan di waktu kejadian banjir menimpa.
“Kami sentiasa siap siaga untuk menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang dilanda bencana banjir,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir, dekat sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment