Beliau akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Jawatankuasa Fisikal untuk tujuan tersebut.

“Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini apabila harga minyak mentah di pasaran dunia turun antara AS$70 hingga AS$75 setong, maka akan melepasi pada harga subsidi RM2.30. Saya juga akan cadangkan agar jangan kenakan cukai jualan jika harga minyak diturunkan. Ini adalah cadangan saya sebagai Timbalan Menteri Kewangan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Penerangan Sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Taklimat Isu Semasa Parlimen Masjid Tanah di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Masjid Tanah di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Ab. Rauf Yusoh.