Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan menolak sebarang bentuk kegiatan militan yang terang-terangan tidak mencerminkan kemurnian Islam yang berasaskan al-Quran dan sunah.
Beliau berkata, kegiatan tersebut sebenarnya berpunca daripada ketandusan dan kedangkalan pengetahuan tentang ilmu Islam hingga menjerumuskan seseorang kepada perbuatan-perbuatan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dibawa oleh Rasulullah.
Antaranya beliau berkata, kegagalan memahami istilah serta pengertian jihad tanpa mengetahui maksudnya dengan lebih mendalam menyebabkan pengertian mujahadah disalahtafsirkan.
“Perjuangan dan pengorbanan yang diajarkan oleh Islam bukanlah seperti yang sering terjadi termasuklah menjadi pengebom berani mati. Sesungguhnya perbuatan itu dilarang keras di sisi Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1436 Hijrah/2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment