Tuesday, 21 October 2014

PUSAT PERCETAKAN AL QURAN TERBESAR BERLOKASI DI TAMAN WETLANDS PUTRAJAYA.

PUTRAJAYA: Taman Wetlands Putrajaya di sini dipilih sebagai lokasi pembinaan Pusat Percetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat, berkata kerja pembinaan pusat berkenaan dijangka bermula awal tahun depan membabitkan tanah seluas kira-kira dua hektar.

"Buat masa ini kita sedang menunggu hasil reka bentuk daripada arkitek tempatan yang dilantik dan sejurus selesai proses itu, ia seterusnya akan dibentangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

"Saya turut menjangkakan bahawa proses pembinaan tidak akan mengambil masa yang lama, Mungkin tidak lebih daripada dua tahun.

"Selain berfungsi sebagai pusat percetakan, ia juga akan dijadikan sebagai pusat pengedaran dan penyelidikan kitab suci umat Islam itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu mengumumkan kerajaan akan membina sebuah Pusat Percetakan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Arab Saudi, di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan, di sini.

0 comments:

Post a Comment