Friday 17 October 2014

MALAYSIA MENDAPAT TEMPAT DI PBB.

Malaysia berjaya menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) selepas memperoleh sebanyak 187 undi daripada 192 negara yang mengundi untuk memilih lima wakil majlis itu, di sini hari ini.

Malaysia sekali gus akan mewakili kumpulan Asia Pasifik sementara dua lagi negara-negara berkecuali (NAM) iaitu Angola dan Venezuela akan mewakili kumpulan Amerika Selatan dan Carribean.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Presiden Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, Sam Kutesa kira-kira pukul 11. 45 pagi (waktu tempatan).

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman kini berada di New York.

Kali terakhir Malaysia menduduki kerusi tersebut adalah pada 1999-2000.

0 comments:

Post a Comment