Thursday 9 October 2014

ISU 1MDB : PM DAH JAWAP DALAM PARLIMEN.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk memacu pembangunan ekonomi mampan secara jangka masa panjang dan berimpak tinggi kepada Malaysia, selain menjalinkan perkongsian strategik global dalam menarik pelaburan asing ke negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain itu 1MDB juga memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadi pemangkin dalam memacu prinsip-prinsip gagasan 1Malaysia serta Model Ekonomi Baru (MEB).

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, kaedah yang digunakan oleh 1MDB untuk mengumpul dana pula adalah dengan membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) secara berpadanan ke Malaysia melibatkan projek-projek negara serta menerusi penerbitan bon.

Katanya, sehingga tahun berakhir 31 Mac 2013, aset terkumpul 1MDB adalah sebanyak RM44.66 bilion dan pihak yang memberi pinjaman kepada badan itu pula terdiri daripada institusi kewangan domestik serta antarabangsa.

"1MDB menerajui projek jangka panjang untuk mengambil peluang ke atas pelaburan dan kepakaran antarabangsa bagi melabur dalam projek yang mempunyai nilai pengganda tinggi serta berinovasi," katanya dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Lip Eng dalam soalannya meminta Perdana Menteri menyatakan tujuan penubuhan 1MDB, kaedah digunakan untuk mengumpul dana, jumlah dana terkini, pencapaiannya dan apakah perbezaan peranan berbanding Khazanah Nasional serta Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Menurut Najib, antara pelaburan yang sedang dijalankan oleh 1MDB adalah seperti Tun Razak Exchange, di mana projek bernilai RM26 bilion itu bertujuan membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan antarabangsa selaras dengan hasrat kerajaan menjadikannya bandar raya global.

Jelas beliau, 1MDB juga terlibat dalam pembangunan semula Pangkalan Udara Kuala Lumpur untuk dijadikan ikon kelestarian kehidupan bandar di mana sebahagian besar keluasannya diperuntukkan bagi membina Projek Perumahan Mampu Milik kepada eksekutif muda.

Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, sektor tenaga juga merupakan satu bidang yang menjadi fokus 1MDB apabila badan tersebut telah membeli aset-aset tenaga Tanjong Energy Holdings, Genting Sanyen dan Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd., baru-baru ini.

"Konsortium 1MDB-Mutsui juga telah memenangi Projek 3B oleh Suruhanjaya Tenaga melibatkan pembinaan dan operasi 2000MW loji arang batu di Negeri Sembilan. 1MDB kini merupakan pengeluar tenaga bebas (IPP) kedua terbesar di Malaysia dari segi kapasiti pengeluaran tenaga," katany

0 comments:

Post a Comment