Saturday, 21 June 2014

RAFIZI PERLU BELAJAR ASAS MAKNA PFI.

Berikut ialah kenyataan akhbar UiTM untuk menjawab dakwaan Ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu:
PEMBANGUNAN PROJEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) MELALUI KAEDAH INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA (PFI)
UiTM mengambil maklum tentang dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan YB Rafizi Ramli mengenai konsesi penswastaan 6 kampus UiTM. Beliau mendakwa Kerajaan terpaksa menanggung kos pembiayaan kampus UiTM hampir 5 kali ganda berbanding jika Kerajaan membinanya sendiri.
Perlu ditegaskan di sini bahawa pembinaan 6 kampus cawangan UiTM itu telah dibuat melalui konsep Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).
Memandangkan telah ada keputusan Kerajaan untuk meningkatkan enrolmen pelajar di UiTM kepada 200,000 pelajar, maka konsep PFI telah digunapakai oleh UiTM dalam menampung kapasiti kemasukan pelajar yang semakin bertambah ke UiTM.
Pada keseluruhannya, pembangunan kampus-kampus UiTM secara PFI melibatkan tempoh konsesi selama 20 tahun dan tempoh pembinaan selama 3 tahun. Perlu ditegaskan di sini, kos pembangunan melalui konsep PFI mencakupi pembiayaan, kos pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan yang dibiayai sepenuhnya oleh pemegang konsesi.
Ini termasuk kos melaksanakan kerja-kerja penggantian berkala selama tempoh konsesi seperti penjagaan lanskap, mengecat bangunan, penurapan jalan dan lain-lain. Selain itu segala risiko semasa pembinaan dan operasi kampus ditanggung sepenuhnya oleh pemegang konsesi.
Tempoh tanggungan kecacatan (defect liability Order –VO) adalah sepanjang tempoh konsesi iaitu 23 tahun berbanding 1 atau 2 tahun dalam Sebagai perbandingan, projek-projek yang dilaksanakan secara konvensional tidak merangkumi kos-kos yang tersebut di atas. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar YB Rafizi membuat perbandingan kos pembangunan kampus secara konvensional dengan kos pembangunan secara Inisiatif Pembiayaan Swasta.
Sebagaimana lazimnya untuk projek-projek PFI, sektor swasta mestilah menjana dan menggunakan dananya sendiri untuk membiayai keseluruhan kos pembangunan tanpa mendapat apa-apa dana daripada kerajaan. Kerajaan hanya akan membuat bayaran kepada pihak swasta untuk perkhidmatan tersebut setelah projek itu siap.
Pihak Kerajaan akan membayar sewaan bagi kegunaan semua bangunan, kemudahan-kemudahan dan asrama dalam tempoh konsesi berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditentukan dan dipersetujui oleh pihak Kerajaan dan syarikat. Pembayaran oleh Kerajaan hanya bermula apabila bangunan siap dan boleh digunakan berdasarkan jadual pembayaran dan KPI di atas. Pada akhir tempoh konsesi, kesemua aset tersebut akan dipindah-milik kepada pihak Kerajaan tanpa sebarang
Kesemua proses ini dibuat secara telus dan mengikut prosedur. Bagi memastikan kepentingan Kerajaan terpelihara dan mendapat perkhidmatan dan kemudahan yang setimpal dengan bayaran, pembangunan kampus-ampus UiTM secara PFI oleh syarikat-syarikat yang telah dilantik adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penswastaan/PFI di Unit Perancang Ekonomi (kini dikenali sebagai Unit Kerjasama Awam-Swasta – UKAS).
Dengan terlaksananya  pembinaan 6 kampus UiTM melalui kaedah PFI ini, 28,000 pelajar dapat ditempatkan dalam tempoh 3 tahun dari tarikh perjanjian konsesi ditandatangani. Berbanding dengan kaedah konvensional dengan pembiayaan kerajaan, jumlah ini hanya akan dapat dicapai dalam 4 Rancangan Malaysia iaitu tahun 2030.

0 comments:

Post a Comment