Sunday, 8 June 2014

Permulaan Operasi Merampas Tanah YBK - Jawapan Balas YBK Kepada Menteri Besar Selangor

Dibawah ini adalah kenyataan rasmi YBK terhadap cadangan khalid ibrahim yang melakukan tindakan mengugut YBK untuk tidak dapat meneruskan projek pembinaan kampus UITM serendah, jika jawatan tertinggi YBK tidak diberikan kepada khalid ibrahim.

JAWAPAN BALAS KEPADA SIARAN AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR PADA 7 JANUARI 2009

Kenyataan Khalid Ibrahim tentang isu:
Keputusan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil bahagian dalam operasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah untuk memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengurus tadbir sumber negeri yang diserahkan kepada yayasan tersebut.

Jawapan rasmi YBK:
1. Sebagai badan NGO yang ditubuhkan dibawah Akta Amanah, Ordinan 1952, YBK tertakluk kepada keperluan Akta yang memerlukannya senantiasa telus dalam aktivitinya untuk ia terus beroperasi. Ini telah termaktub dalam Seksyen 15 Akta Amanah Ordinan 1952.

2. YBK tanpa gagal telah mengemukakan penyata kewangannya setiap tahun sejak penubuhannya pada tahun 1990 dan ianya juga boleh disemak setiap masa oleh orang ramai di laman webnya atau mendapat naskah cetak dari pejabat YBK.

3. Malahan pada bulan Mei 2009, YBK telah memberi taklimat operasi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan perjumpaan itu telah memutuskan akan mengadakan perbincangan lanjut bagaimana Kerajaan Negeri dan YBK dapat bekerjasama dalam melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan dalam negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Ibrahim tentang isu:
Kerajaan Negeri telah membuat keputusan pada 20 Oktober lalu untuk melantik dua wakil daripada kerajaan negeri supaya duduk di dalam Lembaga Pengarah YBK dan berpendapat Dato’ Menteri Besar perlu dilantik sebagai pengerusi YBK dan sementara Exco Selangor yang memegang portfolio kebajikan dilantik sebagai anggota lembaga.

Jawapan rasmi YBK:
1. Pada mesyuarat-mesyuarat terdahulu , Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan YBK melantik 2 orang wakil kerajaan Negeri iaitu YB Rodziah Ismail dan wakil dari UPEN untuk dijadikan ahli lembaga pengarah. YBK telah bersetuju dengan perlantikan YB Rodziah dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai ahli lembaga pengarah sebagai memenuhi keperluan mendapatkan kelulusan kerajaan negeri.

2. Susulan dari persetujuan tersebut satu lagi mesyuarat telah diadakan dan YBK telah diarah pula untuk melantik Y.A.B Dato’ Menteri Besar sebagai pengerusi dan 3 wakil Kerajaan Negeri sebagai ahli lembaga pengarah. Jika YBK tidak bersetuju, semua urusan pembangunan hendaklah dihentikan dan tanah-tanah milik YBK akan dirampas kembali kerana tidak membayar cukai tanah yang tertunggak.

Keputusan ini diambil kerana kerajaan negeri khuatir dengan masalah ketelusan dalam memastikan sumber kewangan yayasan itu diurus tadbir dengan baik dan memberi manafaat kepada golongan miskin di Selangor. Sumber kewangan ini termasuk 448 ekar tanah di Serendah.

Kenyataan Khalid Ibrahim tentang isu:
Memandangkan kerajaan negeri telah memberi tapak tanah yang nilainya berjuta ringgit kepada yayasan tersebut, kami perlu memastikan orang miskin di Selangor mendapat faedah daripada penggunaan tanah tersebut. Ini bukan keputusan bermotif politik, tetapi satu langkah untuk memastikan sumber negeri diuruskan dengan telus dan bertanggungjawaban,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Jawapan rasmi YBK:
1. Tanah seluas 448 ekar tersebut adalah milik YBK yang telah membayar premium tanah semasa pemilikan tanah tersebut. Walaupun terdapat tunggakan cukai tanah yang belum berbayar , namun cukai tersebut sedang dalam proses pembayaran berperingkat setelah YBK mendapat konsesi pembinaan kampus UITM.

2. YBK, dibawa tatacara penubuhannya telah dan sedang mengadakan program berterusan untuk membasmi kemiskinan kepada kumpulan sasaran berdasarkan paras garis kemiskinan Negara. Program pembasmian kemiskinan ini tidak terhad dalam negeri Selangor sahaja tetapi juga di Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain.

3. Arahan Y.A.B Dato’ Menteri Besar bahawa perlantikannya sebagai pengerusi berdasarkan jawatan tidak dapat dipenuhi kerana tidak ada peruntukan didalam Akta Amanah dan dibawah Artikel 2, suratcara penubuhan, YBK tidak hanya untuk kepentingan rakyat Selangor sahaja mahupun dibawah nama negeri Selangor atau pentadbirannya.

4. YBK dipengerusikan oleh Dato’ Zainal Abidin Hj Sakom yang telah melibatkan diri secara sepenuh masa setiap hari dalam memastikan perlaksanaan projek-projek pembasmian kemiskinan YBK. YBK meragui kemampuan Y.A.B Dato’ Menteri Besar selaku pemimpin utama Negeri dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pengerusi YBK dengan memberi tumpuan tidak berbelah bagi pada perjalanan YBK sebagaimana
yang dilakukan oleh Pengerusinya sekarang sejak 20 tahun dahulu.

Kenyataan Khalid Ibrahim tentang isu:
Khalid berkata kerajaan negeri boleh mengambil bahagian dalam entiti bukan kerajaan yang menerima dana kerajaan. “Ini bukan konsep baru. Persatuan Bola Sepak Selangor juga bukan satu entiti kerajaan tapi ianya dipengerusikan oleh Menteri Besar juga menerima dana kerajaan.”

Jawapan rasmi YBK:
1. YBK tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan kewangan dari Kerajaan Negeri Selangor. Persatuan Bolasepak Selangor adalah sebuah persatuan sukan yang ditubuhkan dibawah Akta Sukan untuk mengendalikan pasukan bolasepak negeri Selangor dan aktiviti-aktiviti berkaitan. YBK ditubuhkan dibawah akta Amanah dan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dibawahnya.

2. Sejak penubuhannya, YBK tidak pernah berniat untuk dijadikan sebagai salah satu badan atau organisasi dibawah kawalan kerajaan negeri seperti Persatuan Bolasepak Selangor.

Kenyataan Khalid Ibrahim tentang isu:
Tambah Khalid lagi, pembabitan kerajaan negeri tidak akan mengganggu program membasmi kemiskinan di Selangor yang dijalankan oleh yayasan tersebut. “Melalui kerjasama semua pihak, kami akan bertambah baik dan akan wujud ‘check and balance’. Malah dengan pembabitan Kerajaan Negeri, kami boleh memberi lebih banyak sumber kepada yayasan itu,” kata Menteri Besar.

Jawapan rasmi YBK:
1. Sejak dari penubuhannya, YBK telah bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk membasmi kemiskinan di Negeri Selangor. Ini dapat dilihat dari lapuran-lapuran aktivitinya.

2. Kerajaan Negeri dalam mendesak perlantikan Y.A.B Dato’ Menteri Besar sebagai pengerusi dan pada awalnya 4 jawatan ahli lembaga pengarah dengan secara langsung tidak menunjukan semangat untuk bekerjasama dan ingin membabitkan diri secara langsung.

3. Jika YBK memperakui desakan Y.A.B Dato’ Menteri Besar kepada jawatan-jawatan tersebut, ini tidak akan mewujudkan ‘check and balance’ kerana penjawat-penjawat utama YBK juga merupakan penjawat-penjawat utama jawatan di negeri Selangor.

4. YBK menghargai niat Y.A.B. Dato’ Menteri Besar yang menyatakan melalui pembabitan lebih Kerajaan Negeri, lebih banyak sumber boleh disalurkan kepada YBK. Namun YBK percaya bahawa adalah lebih baik baginya meneruskan usahanya sendiri dalam menjana dana bagi aktiviti tanpa penglibatan mana-mana pihak agar ianya tidak terikat kepada apa-apa syarat. Malahan sumber kerajaan negeri boleh disalurkan terus melalui projek-projek pembasmian kemiskinannya atau mana-mana yang dirasakan perlu.

Kenyataan Khalid Ibrahim tentang isu:
Kerajaan negeri berharap isu ini tidak akan dipolitikan lagi kerana keputusan telahpun dibuat atas dasar kepentingan rakyat Selangor.

Jawapan rasmi YBK:
1. YBK tidak pernah berhasrat untuk mempolitikan isu ini malahan YBK tidak pernah menjadikan agenda politik matlamatnya. YBK hanya ingin memaklumkan bahawa YBK hanya tidak dapat meneruskan cadangan projek pembangunannya kerana syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri.

2. YBK telah memenuhi kesemua syarat-syarat pembinaan kampus cawangan UITM termasuk mendapat kelulusan dari agensi-agensi berkaitan dan menyediakan lapuran EIA. Hanya yang diperlukan ialah kelulusan Kerajaan Negeri untuk meluluskan pelan perancangan projek.

3. YBK telah memberi cadangan pembayaran secara berperingkat untuk melunaskan bayaran cukai tanahnya yang tertunggak sehingga sanggup menyerahkan tanahmiliknya kepada kerajaan Negeri Selangor bagi mempercepatkan proses kelulusan tersebut namun syarat tambahan telah diadakan oleh Y.A.B. Menteri Besar yang tidak berkaitan langsung dengan tunggakan cukai ataupun perlaksanaan projek pembangunan tersebut.

4. YBK telah merancang menggunakan keuntungan dari konsesi pembinaan kampus UITM ini yang selama 20 tahun untuk tujuan aktiviti-aktivitinya dan tidak perlu lagi mengharapkan bantuan orang ramai mahupun memohon dari kerajaan negeri. Ini telah dimaklumkan sejak awal lagi kepada mereka-mereka yang berkaitan termasuk Kerajaan Negeri.

5. Sepanjang perbincangan dan mesyuarat bersama anggota Kerajaan Negeri, tidak pernah sekali pun Y.A.B. Dato’ Menteri Besar atau wakilnya menimbulkan isu atau cadangan program pembasmian kemiskinan di negeri Selangor tetapi hanya menekankan kepada perlantikan beliau sebagai Pengerusi dan YB Rodziah ke lembaga pengarah YBK. Malahan jika perlantikan tersebut tidak dipersetujui, pihak kerajaan negeri tidak akan meluluskan perlaksanaan projek pembangunan ini.

6. Demi menjaga entigriti YBK, ahli lembaga pengarah yang sedia ada tidak dapat menerima arahan tersebut dan dengan itu membuat keputusan untuk tidak meneruskan projek pembangunan in di negeri Selangor dan akan mencari tapak alternatif. Ini untuk memastikan YBK dapat meneruskan misinya dalam membasmi
kemiskinan bukan sahaja dinegeri Selangor malahan diseluruh Malaysia.

0 comments:

Post a Comment