Friday 6 June 2014

Lawatan YBK Ke Sekolah Agama Rakyat Daerah Garut, Bandung, Indonesia.


2/6/2014. Yayasan Basmi Kemiskinan telah melawat sebuah Sekolah Agama Rakyat kelolaan sebuah NGO di Bandung Indonesia iaitu Yayasan Ar-Raudhotun Nur di Kg Bebedahan Desa Panalayan Kacamatan Bayongbung, Daerah Garut, Bandung.

Menurut Bapak Hadis Abdullah Afendi selaku Yang DiPertua Yayasan merangkap Pengetua, Sekolah Agama Rakyat Ar-Rhoudatun Nur sekolah yang telah beroperasi selama 6 tahun yang bermula dengan sekolah TADIKA kini mempunyai lebih 70 muris sekolah dari kalangan anak-anak yatim dan miskin penduduk Kg Bebedahan. Semua 9 guru yang terlibat hanya 2 orang yang disediakan oleh pihak pemerintah selain mengajar secara secara sukarelawan

Kini Yayasan sedang membangunkan sebauah lagi bangunan baru untuk kemudahan belajar tambahan 4 kelas dan surau untuk pelajar. Untuk tujuan tersebut YBK telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000.00 bagi mereliasasikan rancangan tersebut.

Kg Bebedahan adalah sebuah perkampungan luar bandar di bawah kaki gunong-gunong Papandayan dan Cikurey. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pesawah dan petani atau mengambil hasil hutan di kaki gunong-gunong

Dato Zainal Abidin Hj Sakom selaku Ketua rombongan menzahirkan rasa kagum di atas usaha Yayasan Ar-Raudhotun Nur menyediakan pelajaran pra-sekolah dan sekolah rendah secara percuma kepada anak-anak yatim dan miskin kepada penduduk dengan sukatan pelajar yang tidak kurang qualitinya. Manakala dalam ucapan alu-aluan Bapak Hadis merakam ucapan terima kasih dan terhutang budi di atas keprihatin rombongan YBK.

0 comments:

Post a Comment