Friday 30 May 2014

Lawatan Kerja Yayasan Kemajuan Insan Sarawak

Serendah, 28 Mei 2014 - Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) merupakan NGO seperti mana YBK berfungsi dalam pemudahcara bagi golongan berpendapatan rendah serta membantu dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan. Lawatan kerja ini bertujuan untuk saling bertukar idea serta informasi terkini. YAKIN diketuai oleh Datin Napsiah, Ahli Lembaga Amanah bersama dengan 4 orang pegawai.

Ketua Pegawai Eksekutif, En Zulhairy Jalaluddin telah memberikan penerangan dan informasi tentang YBK. Seterusnya lawatan di sekitar kawasan Asrama Kasih diambil alih oleh pengetua asrama. Semoga lawatan kerja ini dapat memberikan sedikit maklumat serta pengalaman kepada rombongan YAKIN. Ini kerana YAKIN juga mempunyai asrama bagi pelajar lelaki serta kelas tuisyen bagi pelajar perempuan.  

0 comments:

Post a Comment