Thursday 26 March 2015

YBK SAMBUT ULANGTAHUN KE 25 DENGAN MAJLIS KESYUKURAN


Ulangtahun ke 25 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah NGO yang telah berkerja tampa mengenal penat lelah dalam usaha membasmi kemiskinan di samping membolehkan mereka yang kurang bernasib baik mempunyai peluang yang sama dalam hidup, di sambut dengan penuh kesyukuran bersama masyarakat setempat di Masjid As- Salam di Puchong Perdana semalam.

Kira-kira 1000 orang menghadiri majlis kesyukuran dan tazkirah sempena ulangtahun tersebut yang juga merupakan salah satu acara yang telah dirancang sempena sambutan jubli perak YBK pada tahun ini.

Acara yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid As-Salam itu dipenuhi dengan selawat dan qasidah daripada para pelajar Tahfiz As-Salam dan An-Nur Bestari, solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta tazkirah Maghrib, bertajuk 'Menyantuni Daufa dan Fuqarak Menurut Sunnah' yang disampikan oleh Ustaz Zul Ramli Mohd Razali, seorang penceramah yang tidak asing di Radio IKIM.

Datuk Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK menyatakan bahawa terlalu banyak cabaran yang dihadapi oleh YBK semasa menjalankan amanat yang diberikan dan kebanyakannya berjaya ditempohi bberkat kesabaran mereka di samping keredaan Allah swt.

"Kami turut bersyukur kerana diberi peluang meraikan kejayaan ini bersama dengan kariah Masjid As-Salam yang baru-baru ini telah memenangi anugerah masjid terbaik peringkat kebangsaan sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini.

"Saya berterima kasih kepada kariah-kariah di persekitaran masjid ini, terutamanya di kawasan Puchong Perdana, kerana dapat bersama kami meraikan hari yang penting untuk YBK ini di samping meningkatkan ilmu melalui tazkirah yang diadakan" katanya.

Majlis kesyukuran tersebut bermula pada jam 6.30 petang dan diakhiri dengan jamuan makan malam sebaik sahaja tazkirah dan solat Isyak berjamaah selesai.











0 comments:

Post a Comment