Tuesday, 8 September 2015

Gotong Royong | Puan Jamilah Che Mat Desa Mokmin Gombak

Gombak, 5 Sept 2015 – Program Sukarelawan YBK ini berlansung di Rumah Pn Jamilah Che Mat di Desa Mukmin Batu 7, Gombak. Pn Jamilah tinggal di sini bersama dengan 3 cucu serta 1 cicit. Secara asasnya rumah yang diduduki ini tidak mempunyai keperluan asas seperti air dan elektrik.  Melalui maklumat yang disampaikan oleh AJK Surau AL-Mukmin, Mutiara Gombak, satu lawatan telah dilakukan oleh unit Sinar Kasih YBK. Lawatan ini telah mengenalpasti beberapa perkara yang mampu dan perlu dibantu. Setelah berbincang bersama AJK Surau Al-Mukmin dan Sukarelawan YBK, keluarga ini telah dibantu dengan kemasukkan bekalan elektrik dan air. Selain daripada itu kebocoran atap dan persekitaran luar dan dalam rumah juga turut dibersihkan. Terima kasih...

AUTONOMI PENUH KEPADA UNIVERSITI.

KUALA LUMPUR 7 Sept. - Kerajaan bersedia untuk memberikan kuasa autonomi sepenuhnya kepada semua universiti awam dari segi tadbir urus, kewangan dan perjawatan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah tersebut untuk membolehkan pihak pengurusan universiti membuat segala keputusan dengan lebih pantas. “Kita nak empowerment atau memperkasakan universiti bererti kita nak beri kuasa, kenaikan pangkat, jawatan dan juga kuasa kewangan supaya keputusan-keputusan lebih pantas dapat dibuat oleh pihak universiti. “Bagaimanapun, ia mesti di­sertai dengan proses akauntabiliti supaya agensi-agensi pusat boleh dirundingkan apa bentuk dan secepat mana proses pemerkasaan itu dapat diturunkan kepada universiti kita,” katanya. Beliau...

Saturday, 25 April 2015

AYUH SERTAI PERTANDINGAN MENULIS CERPEN.

LATAR BELAKANG YBK merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 26 Mac 1990 di bawah Akta Amanah Perbadanan 1952 yang bertujuan membantu kerajaan membasmi kemiskinan melalui program pembangunan modal insan. Sempena sambutan Jubli Perak YBK pada tahun 2015, YBK menganjurkan Pertandingan Menulis Cerpen bagi menggalakkan pelajar sekolah melahirkan idea masing-masing melalui penulisan cerpen. Cerpen adalah berkisar kepada realiti kemiskinan yang wujud di persekitaran mereka. PENYERTAAN Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar menengah atas (Tingkatan 4, 5, dan 6) seluruh sekolah menengah negeri Selangor. Borang penyertaan boleh didapati melalui sekolah bermula bulan Januari 2015. Tiga (3) cerpen terbaik akan...

PRK PERMATANG PAUH JENTERA BN SIAP SEDIA.

...

Friday, 24 April 2015

Tuesday, 21 April 2015

JIHAD MEMBASMI KEMISKINAN BERJAYA, SAMBUTAN JUBLI PERAK YBK SEMALAM.

Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebuah NGO yang membantu kerajaan membasmi kemiskinan di Malaysia, hari ini secara rasminya mengisytiharkan bahawa Kerajaan Malaysia telah berjaya dalam jihadnya membasmi kemiskinan di negara ini. Ini berikutan daripada pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui piawaian Bank Dunia, yang menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas daripada kemiskinan sejak tahun 2007 apabila kadar pendapatan penduduk di bawah US$1.25 sehari adalah sifar. Datuk Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, membuat pengistiharan tersebut semasa majils makan malam sempena sambutan jubli perak YBK yang diadakan malam tadi dengan disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, yang merupakan...

Sunday, 5 April 2015

Saturday, 4 April 2015

LAGI INFO MENGENAI GST

...

RESIT GST PERLU SEBEGINI. MOHON DISEBARKAN

...

Wednesday, 1 April 2015

PRODUK INI TIADA GST.

...

106 SOALAN MENGENAI GST DIJAWAP JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku? KPDNKK telah menerbitkan dan mengedarkan 6 panduan harga pengguna mengikut zon kepada umum yang menunjukkan peratusan perubahan harga barang. Buku ini boleh diperolehi secara percuma dari ibu pejabat KPDNKK, pejabat KPDNKK negeri atau dimuat turun dari laman web KPDNKK melalui pautan http://ebook.kpdnkk.gov.my/. Apabila GST dilaksanakan dan bergantung kepada kesediaan peniaga untuk memindahkan penjimatan kos membuat (pass down the cost saving) lanjutan daripada tuntutan cukai input ke atas pembelian...

Thursday, 26 March 2015

YBK SAMBUT ULANGTAHUN KE 25 DENGAN MAJLIS KESYUKURAN

Ulangtahun ke 25 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), sebuah NGO yang telah berkerja tampa mengenal penat lelah dalam usaha membasmi kemiskinan di samping membolehkan mereka yang kurang bernasib baik mempunyai peluang yang sama dalam hidup, di sambut dengan penuh kesyukuran bersama masyarakat setempat di Masjid As- Salam di Puchong Perdana semalam. Kira-kira 1000 orang menghadiri majlis kesyukuran dan tazkirah sempena ulangtahun tersebut yang juga merupakan salah satu acara yang telah dirancang sempena sambutan jubli perak YBK pada tahun ini. Acara yang dianjurkan dengan kerjasama Masjid As-Salam itu dipenuhi dengan selawat dan qasidah daripada para pelajar Tahfiz As-Salam dan An-Nur Bestari, solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta tazkirah...

Wednesday, 25 March 2015

Monday, 9 March 2015

PROGRAM CSR SCOMI DI ASKA SERENDAH.

Asrama Kasih YBK Serendah telah menerima kunjungan daripada pihak SCOMI Engineering. Kunjungan yang melibatkan 30 orang kakitangan ini bertujuan bagi melaksanakan program CSR di ASKA Serendah di samping mendekatkan diri dengan pelajar. Program turut dihadiri oleh Pn. Rohaidah bt. Ali Badaruddin selaku Presiden SCOMI Engineering. Aktiviti dimulakan dengan gerakan senamrobik sebelum diteruskan dengan aktiviti mengecat. Sesi meliputi mengecat tembok dan pagar asrama, gotong-royong membersihkan asrama, dan 'landscaping'. Pelajar ASKA turut dijamu dengan sarapan pagi dan makan tengahari yang ditaja oleh SCOMI Engineering. Penyampaian saguhati dan sesi bergambar diadakan selepas program disempurnakan pada jam 12:30 tengahari. Asrama Kasih...

Thursday, 5 March 2015

YBK MELAWAT RUMAH ZABARIAH MOHD SAID.

Misi YBK Peduli telah melawat ke rumah warga emas dan kurang berkemampuan Zabariah Mohd Said bertempat di Kg Sungai Masin, batang Kali. Lawatan ini untuk melihat dengan lebih dekat keluarga ini bagi rangka kerja misi sukarelawan YBK. Mengikut daripada maklumat awal yang disampaikan oleh sukarelawan YBK, keluarga ini tinggal berdua dengan adiknya yang kurang upaya. Menampung hidup dengan mencari barang terbuang seperti kotak, botol-botol plastik dan barangan lusuh sebagai punca pendapatan utama. Tempat tinggal keluarga ini pernah dilanda banjir pada tahun 2012 menyebabkan beberapa alatan rumah rosak serta tidak dapat diganti sehingga kini. Melalui misi YBK Peduli, YBK bercadang untuk menjalankan satu program komuniti setempat di...

Page 1 of 4212345Next